JellyPages.com

Google+ Followers

untuk saya dan semua...

assalamualaikum...dan salam jumaat kepada semua..

petang ni ada sedikit perkongsian yang saya dapat dari seorang sahabat yang kusayamm...
mungkin.,kita selalu terfikir kenapa kita tak seperti sesetengah orang lain..tapi,kenapa kita tak cuba untuk buat orang ikut cara kita pulak..cara yang baik,yang berhemah..yang boleh buat orang tertarik dengan agama yang ada pada kita...
cubala baca entry kat bawah ni..maybe b0leh dijadikan nasihat hati sesama kita dan untuk saya juga..


enti...
bukan ana tidak mahu memandang wajah enti,
tapi ana berdoa agar wajah ini menghiasi hari-hari nanti
hari-hari yang pasti..

bukan ana tidak mahu melirik senyuman pada enti,
tapi,ana selalu tersenyum didalam hati
agar senyuman ini 'mahal' di hari cincin disarungkan di jari,

bukan ana  tidak mahu bertanyakan khabar pada enti,
tetapi ana sering mendoakan agar suatu hari nanti,
ana tidak perlu bertanyakan dan ana sentiasa merasai.
di hari-hari yang pasti,,

bukan ana tidak mahu bercakap dengan enti,
tapi,ana ingin menghabiskan bicara-bicara ana,
tika mana ana dan enti  bukan lagi 'ana' dan 'enti'
di hari-hari yang pasti..

bukan ana tidak mahu berchatting dengan enti,
tapi ana takut jari-jari ini tidak diizinkan lagi untuk membelai rambut enti..
di hari-hari yang pasti..

bukan ana tidak mahu mesej dengan enti,
tapi bimbang  Allah menarik  kenikmatan ini di hari-hari yang pasti,
tika itu,mungkin Allah menarik nikmat cinta duniawi yang dinikmati waktu ini..

bukan ana tidak ingin memandang wajah enti,
tapi ana bimbang wajah ini tidak akan memberikan senyuman di setiap pagi 
di hari yang pasti,,

bukan ana tidak mahu memandang senyuman enti,
tapi ana bimbang senyuman ini pudar dan layu
di hari-hari yang pasti..

enti yakinlah!
percayalah...

bukan ana tidak ingin mengatakan rindu pada enti,
tetapi rindu tika ini tidak akan membawa ana kepada rindu illahi
kerana ianya bukan hari-hari yang pasti..

bukan ana tidak ingin mengatakan ana mencintai enti..
tapi ana tahu cinta saat ini tidak juga membawa kepada cinta Ana pada illahi..
kerana ianya bukan pada hari-hari yang pasti..

kerana ia bukan di hari-hari yang pasti,
ana tidak mahu agar hati ana dan enti mati.
lalu mematikan hubungan ana atau enti dengan ILLAHI..

enti,
intailah sebentar hari-hari yang pasti..
tika itu,andai ana jatuh,enti menghulurkan tangan untuk memberi ana harapan..
tika ana kesedihan, enti bersedia untuk tersenyum disisi dan menggembirakan..
tika ana keseorangan, entilah teman..
tika ana kelalaian,entilah yang mengingatkan..tika itu..ana dan enti..
bukanlah 'ana dan enti' lagi.
kerana,,

ia adalah hari-hari yang pasti..
berdoalah untuk hari-hari yang pasti,
hari-hari yang pasti bagi mereka yang menyandarkan harapan pada jalan kebenaran..
dan itulah jalan yang telah islam berikan...

moga kita dipertemukan nanti,dihari-hari yang pasti,seperti yang ALLAHU RABBI telah janji..
bagi mereka yang mana hati-hatinya tidak mati dihari-hari yang tidak pasti..
________________________________________________________________

pasti...! yakinlah.. Allah sangat-sangat penyayang!! moga kita semua dibukakan pintu hati..
untuk anta2 dan enti2 sekalian...

wallahu'alam...semoga apa yang dikongsi ini,menjadi nasihat hati sendiri..
susah untuk berubah,tapi..cuba untuk diubah...wassalam..

8 comments:

  1. huhu..x snggup daku mbaca nya sbb xde 0rg yg pnah ckp mcm tuh kat aku..hg la ckp kat aku,baru feel ckit..bca sndiri x rasa ape la d0e..

    ReplyDelete
  2. ang ni la ikA..ak d0k cakap kt ang dah..ang jer yang tak m0 ada feel..huhu..

    ReplyDelete
  3. kalo cmtu biar ak ckap jer la....kn senang.!!

    ReplyDelete
  4. jelah..awt mcm serius jer neyh.,,tkut aih..

    ReplyDelete
  5. aini n jelah: cpt2 aku nak dngaq hmpa bca puisi ni kat aku..kekekek

    ReplyDelete
  6. ika-es0k dlm kelas ak baca kt ang ok??

    ReplyDelete
  7. auta itu yang macam mana ek..macam bagus jer nak buat entry.hihi

    ReplyDelete
  8. biskut-auta tu adik bradik fakta la..tp,dy pusing sket..haha..mr biskut saja jer wat tak tau,,

    ReplyDelete

mula berblogging

Daisypath Friendship tickers