JellyPages.com

Google+ Followers

tatkala hati dihiris kata-kata..

KADANG-KADANG hati sakit bila disindir, tapi itu adalah lebih baik daripada bercakap di belakang, bila disindir menangis sebentar tapi impak selepasnya amat besar. Perubahan diri yang ketara dan lebih baik dari sebelumnya.
Belajarlah menerima sindiran walaupun sebenarnya tidak begitu beradab menyindir orang. Semuanya kerana di atas paksi kebaikan dan kemaslahatan yang lebih besar pada masa hadapan.
Aku bukanlah manusia yang sempurna. Mungkin pada zaman silam aku pernah melukakan hati, mencabut rasa tenang. Mungkin kata-kataku sungguh menyakitkan hati, tiada apa yang aku persembahkan melainkan huluran tangan memohon seribu kemaafan. Maafkan aku bersama dengan doamu.
Aku menulis bukan untuk memberitahu diri ini baik.
Aku menulis hanya untuk memberitahu diri ini supaya menjadi baik.
Bersama menginsafkan diri dalam mencari keredhaan Ilahi.

Ambil hati. Sakit hati. Pedih hati. Terasa hati. Bila perasaan ini dibiarkan terlalu lama membengkak dalam hati, maka akan tidak sihatlah hati itu. Pemiliknya pun akan muram, jauh dari keceriaan. Lebih parah lagi, menjauhkan manusia dari Rabb-Nya.
Mengapa tidak untuk berhusnuzon, sedangkan itu lebih mulia.
Mengapa tidak memahami, sedangkan kita bersaudara.
Mengapa tidak bersikap positif, sedangkan ikhtilaf hati itu padah jawabnya.
Mengapa tidak bersama dalam perjuangan ini,sedangkan tanggungjawab kita adalah sama.
Mengapa tidak meluangkan masa bersama sedangkan, kita semua adalah dai'e.

Positif menjadikan kita bersangka baik. Bersangka baik lebih menenangkan hati. Orang hebat biasanya kerana dia hebat dalam hubungan dengan Allah. Tapi ada juga yang hebat dunia sahaja, hubungan dengan Allah entah ke mana. Dia tidak bersangka baik dengan Allah apatah lagi dengan makhluknya. Adab dan akhlak dalam pengurusan hati masih lagi samar untuk diiktiraf sebagai seorang dai'e.

Sekiranya semakin kita bijak, semakin jauh diri kita daripada-Nya, maka ada sesuatu yang tidak kena dengan diri. Jauhkanlah sifat itu dari dalam diri.
Apa pun, jangan resah andai ada yang membenci. Andai ada yang tidak berpuas hati. Andai ada yang tidak menyenangi. Kerana masih ramai yang mencintai kita di dunia. Resahlah andai Allah membenci kerana tiada lagi yang mencintai kita di akhirat.
Nabi SAW bersabda "Sesungguhnya Allah memberikan dunia kepada siapa yang dicintai-Nya dan siapa yang tidak dicintai-Nya, tetapi Allah tidak memberikan iman kecuali kepada siapa yang dicintai-Nya."
dipetik dari :iluvislam

N.A.S.I.H.A.T

Saling menasihati dalam kebenaran dan kesabaran merupakan budaya kaum mukmin. Setelah beriman, beramal soleh, kaum mukmin diperintahkan saling memberi nasihat, saling berwasiat, sehingga mereka pun menjadi orang-orang yang beruntung.

”Demi masa. Sesungguhya, manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat-menasihati dalam kebenaran dan nasihat-menasihati dalam kesabaran.” (QS Al-’Ashr: 1-3).

Nasihat adalah mengajak kebajikan dan melarang kemungkaran (‘amar ma’ruf nahi munkar).

”Dan, hendaklah ada dari antara kamu segolongan umat yang berseru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar. Dan, merekalah orang-orang yang beruntung.” (QS Ali Imran:104).

Nasihat itu menghidupkan hati, membangunkan kesedaran, mencegah kekhilafan.

“Berilah peringatan, sesungguhnya peringatan itu, bermanfaat bagi orang-orang mu’min” (QS. Adz-Dzariyat:55).

Kerananya, Rasullah Saw memerintahkan budaya saling menasihati ini.

“Bila salah seorang dari kamu meminta nasihat kepada saudaranya maka hendaknya (yang diminta) memberi nasihat.” (HR Bukhari).

Salah satu tiang tegaknya agama adalah nasihat. Tanpa saling menasihati antara umat Islam, maka agama tidak akan tegak.

“Agama adalah nasihat bagi Allah, bagi Rasul-Nya, untuk para pemimpin umat Islam dan untuk para orang awamnya.” (HR. Bukhari).



di sunting dari SINI

sedih.gembira.duka.

assalamualaikum semua..
jawab salam ok...berdosa kalau tak jwb..

hari ni tiba2 je terdetik ati nak menaip kat kotak kosong blog ni..hati rasa sayu sangat..
sedih..tak taw nk kata cmna..hidup ni, kadang di atas,kadang di bawah..
bila kita kat atas..kita slalu lupa,alpa,leka dengan dunia sendiri..
sekali kita di bawah,baru teringat..kesilapan diri..
Ya Allah..kenapa malam ni rasa sedih sangat tiba2..
orang kata..janganla terlalu hepy sangat,nnt kita akan sedih..
hurmm..nmpaknya.,dah kena kt diri sendiri...
Allah..Allah..Allah...
cepat sungguh manusia lupa bila dapat nikmat yang sementara..
cepat sungguh hati berubah bila merasa gembira,..
cepat sungguh diri ini alpa dek dunia yang fana..
sedarkanlah diri ini ya Allah...
ampunkanlah hambaMu ini ya Allah..

kat sini nak selitkan maksud sepotong ayat dari surah an-Najm ayat 43, Allah berfirman :

"Dan sesungguhnya Dialah yang menjadikan orang TERTAWA dan MENANGIS."..
wallahu'alam..

tentang pisang dan hati..


Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh
menarik untuk murid-muridnya.Setiap murid diminta membawa beg plastik
yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci
ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa
bergantung kepada jumlah orang yang dibenci. Keesokan harinya, setiap
murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing.


Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan
biji.

Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.
"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi
selama seminggu.

Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya"
beritahu Cikgu Maryam.Kanak-kanak tersebut menyimpan
pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan
akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungutdan marah.
Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat,
badan berbau busuk.
Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.Seminggu berlalu,
pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah
tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa."Okey
semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama
seminggu?" tanya Cikgu Mayam.

Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang
kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur,
makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk."Itulah
sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain
dalam hati.

Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan
membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan
dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa
akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu"
beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan
benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi
lebih baik darpada membenci..!!.



4 amalan utama di bulan Ramadhan



"Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib  ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah  diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertakwa." - Surah Al Baqarah: 183

     Ramadhan adalah bulan yang amat bermakna  bagi mereka yang tahu menilai dan menghargai kelebihannya. Ramadhan merupakan masa untuk menguji tahap kesabaran, waktu menunjukkan simpati kepada yang memerlukan ihsan, juga bulan mulia untuk menambah ibadat dan amalan.

     Rasulullah SAW telah menggariskan empat amalan utama yang digalakkan dalam bulan ini iaitu;

1. Melazimkan bacaan kalimah taiyibah;
2. Beristighfar;
3. Memohon memasuki jannah dan
4. Berlindung dengan-Nya daripada neraka jahannam.


    Rasulullah SAW telah menggesa para sahabat untuk menjadikan keempat-empat perkara ini sebagai suatu amalan.  Abu Saeed Khudri r.a meriwayatkan bahawa: 

"Suatu ketika Nabi Musa AS memohon kepada Allah SWT agar diberikan satu kalimat khas yang mana Baginda dapat mengingati Allah SWT dan dapat memohon sesuatu melaluinya.  Lantas Allah SWT menyuruhnya menyebut kalimah tersebut.  Nabi Musa AS berkata:  "Wahai Allah, kalimah ini dibaca oleh semua hamba-Mu, aku mengkehendaki yang khusus."  Lalu Allah SWT menjawab, "Wahai Musa, jika ketujuh-tujuh langit dan bumi dan semua yang terkandung di dalamnya kecuali Aku diletakkan ke atas sebelah dacing dan kalimah ini pada sebelah yang lain, kalimah ini lebih berat  lagi daripada segala sesuatu."

     Di dalam hadis yang lain pula dinyatakan bahawa jika seseorang menyebut kalimah taiyibah ini, iaitu "laa ilaha illallah" dengan seikhlas hati, maka pintu syurga akan segera terbuka untuknya.

     Kita juga digalakkan untuk memperbanyakkan istighfar kerana Allah SWT telah berjanji akan memberi kita jalan keluar daripada segala kesukaran dan membebaskan kita daripada segala kesedihan. Malahan sesiapa yang memperbanyakkan istighfar akan memperolehi rezeki daripada sumber yang tidak pernah disangkakan.  Kalimah istighfar yang mudah disebut adalah seperti "astaghfirullah".  Tidak ada batasan dalam mengulang sebutan istighfar ini.  Semakin kerap ia diulang, semakin banyaklah pahala yang dikumpul.

     Di samping itu, kita turut dituntut agar sentiasa berdoa supaya ditempatkan di dalam syurga sambil meminta kepada Yang Maha Esa menjauhkan kita daripada ancaman api neraka.  Doa yang boleh diamalkan untuk memohon agar ditempatkan di dalam syurga ialah seperti berikut:

"Allahhumma as'alukal jannata wa a'uzubika minannar."

     Dengan memperbanyakkan amalan di atas, maka akan bertambah banyaklah amal ibadah yang kita lakukan untuk memenuhi bulan Ramadhan ini.  Ramadhanlah masanya yang paling sesuai untuk memperbanyakkan ibadah lantaran tiadanya gangguan godaan daripada iblis dan syaitan.

     Justeru, sebagai umat yang sentiasa mendambakan kasih sayang-Nya, perhatian dan ganjaran-ganjaran yang telah dijanjikan-Nya, maka layaklah kita sebagai hamba-Nya merebut peluang ini yang datang hanya sekali dalam setahun.  Jika kita sanggup berhabis wang ringgit semata-mata untuk tujuan kecantikan
dan hiburan, maka Allah SWT memberi peluang untuk kita berkunjung ke syurga-Nya secara percuma.  Tidak perlukan bayaran, hanya sedikit masa dan keikhlasan.  Masih enggankah lagi kita menerima tawaran ini?  Fikirkan.


   
Selamat beribadat dan wassalam.,,kongsian dr..

sedarkah kita...

erti sebuah hadis :

Daripada Aisyah r.a berkata : "Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidak akan berlaku hari Kiamat sehingga anak seseorang menjadi punca kemarahan (bagi ibu bapanya) dan (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi panas) dan akan bertambah ramai orang yang tercela dan akan berkurang orang yang baik, dan anak-anak menjadi berani melawan orang-orang tua dan orang yang jahat berani melawan orang yang baik. "

                                                                                                                                            (H.R TABRANI)

keterangan

Di antara tanda-tanda kiamat adalah:

bila anak merupakan punca kemarahan orang tuanya
bila hujan berkurangan,cuaca menjadi panas dan udara tercemar
orang jahat bertambah ramai dan galakan untuk membuat kejahatan yang sangat banyak
orang membuat kebaikat sedikit dan tidak mendapat kemudahan sewajarnya
anak-anak melawan orang tua
orang jahat melawan orang yang baik dan tidak segan terhadap mereka


hujan berkurang cuaca panas
makin bertambah pelaku ganas
budaya lepak segan dan malas
dadah dihisap arak segelas

anak derhaka menjadi-jadi
alim ulana' tak lagi dihormati
didikan Islam tidak diberi
Ta'zim dan taat tidak diminati

anak tiada mengenang budi
banyak sekali tempat maksiat
ibu bapa dibuat abdi
siang malam meruntuh umat...


kongsian bersama dari buku "sedarkah kamu wahai manusia antara semalam dan hari ini"

rumahku dimasuk orang...huhu

Assalamualaikum semua…

Alhamdulillah..dapat jugak diberi kesempatan untuk meng”update” blog tersayam nie..
Setelah sekian lama tak memenuhi ruang2 kosong post ni..macam2 dah jadi..
Laptop ku yang rosak..hampir pulih sepenuhnya..baru2 ni plak,mak kata rumah kami kena “pecah masuk”..sapalah insan yang tersangat berhati perut tu..tega2 dia g rompak kat teratak usang rumah kami…sampai sungguh hati..huhuhu..nasib baik tak banyak yang hilang..duit dengan telefon jer..kalau diangkutnya tv ngn peti ais kat umah tu..susahla…dia masuk ikut pintu belakang umah..aiii…berani bt0l orang sekarang ni..umah kt0rang yg depan kubur tu p0n berani masuk..tak takut agaknya teng0k kubur kat sebelah masjid tu..
Buat masa ni,takda sapa2 p0n yang disyaki…yang lawaknya..tin susu anak sedara saya p0n dikebasnya..dia ingat ada duit kot dalam tu..abis tunggang langgang umah kami..dia buang handbag kt luar rumah lepas dia amik duit..nasib baikla kakak tak dapat gaji lagi..kalau tak,sengasara laa…
Alhamdulillah..takda pape yang teruk jadi..semua insan dalam umah aku selamat…Cuma,herannya..macammana semua orang tak sedar time perompak tu masuk..sedangkan masa tu kakak tengah tidokan anak dia kat buai luar..hurm…benda nak jadi la..nak wat cmna.dugaan hidupp…semua kena hadapi…wallahu’alam..oklah…nak siap2 wat tugasan yang bertimbun2 ni…wassalam…

-surat untuk jiwa-

kepada jiwa yang tenang...
bismillahirrahmanirrahim..
assalamualaikum...

jiwa..apa khabar anda sekarang??hati kat sini rasa sangat tak sihat..hati jadi sentiasa gundah..hati tak boleh nak khusyuk bila wat ibadah..kenapa ya jiwa??jiwa..tolongla hati..kenapa hati sentiasa ingat dan fikir perkara-perkara yang tak sepatutnya difikirkan..hati suka membebankan otak..otak selalu sakit sebab hati..hati tak nak otak sakit lagi..hati nak bersihkan diri hati..jiwa.tolongla hati..hati nak jaga diri hati elok-elok..hati dah buat macam-macam sebab nak tenangkan diri hati..tapi..hati tak boleh ..mungkin sebab hati ni jahat kot..hati ni selalu terfikir nak wat macam-macam..jiwa...tolongla hati...jagala hati untuk kali ni jer..cuma jiwa yang baik yang boleh tolong hati hilangkan masalah yang hati ada sekarang...
jiwa...sebenarnya..hati teringin nak luahkan dan lepaskan segala yang tersirat dalam diri hati..tapi..hati tak mampu..hati tak kuat..hati takut..hati takut hati dilukai..hati takut hati tak mampu nak selesaikan masalah yang akan hati temui nanti..cuma,hati harap sangat..jiwa boleh tenangkan diri hati...mungkin nanti..bila sampai masa..jiwa akan tahu masalah hati sebenarnya...ok,la jiwa..nanti hati kirimkan surat untuk jiwa lagi ek..hati nak tenangkan dan rawat diri hati dulu..orang kata..kalau nak tenang,dekatkan diri dengan pencipta diri..pasti temui hati yang tenang...wassalamm...

ikhlas dari hati sanubari... 
 

*sentiasalah rawat dan check hati kita dengan doktor yang terbaik...kalau berlarutan teruk sakitnya nanti..*
 

makan-makan-makan...

alhamdulillah..senang ati ari ni...

cuti2 ni..saja menjinakkan diri dengan dapur..lagip0n kat umah tak berapa ada orang....tengah hari tadi,saja nak tunjuk bakat kat mak sikit..so, ari ni aku diberi peluang untuk masak..menu ari ni cuma ayam masak lemak cili api , kacang goreng, ikan goreng ,ulam ngn budu..ingatkan tak reti masak..maklumla..mak kata..kalau nak kawin,kena pandai masak..hahahaa..aku p0n..buat2 la reti..hehe..tapi,tak dan nak snap gambar..takut mak tanya plak nnt..uhuhu..
sedap ker tak menu yang aku masak tu..aku tak tahula..
petang tadi..macam biasa,"tea-time" untuk ayahanda ku...pisang goreng,sambal kicap ngn teh..kenyang jer aku makan ari ni..pastu,abg aku ajak g jalan2 teman dia..aku ikut jerla..sekali dia belanja aku makan char koew teaw ..kekenyangan gilerr..lepas isyak plak..kak teh aku ajak kuar lagi..makan lagi...ajak makan bihun sup plak..adoiii...bilala nak stop makan ni..huhhuhu..

sebenarnya,,kesimpulan dari ceritaku sndiri ni..nak kata ari ni merupakan hari yang paling banyak aku makan...tak penah lagi rasanya makan sebanyak ni..terkejut jugak..ingat tak nak makan malam ari ni..tapi..huhuhuh..rezeki aku hari ni..Alhamdulillah...kenyang dikenyangkan..hidup dalam kekenyangan..huhuhuhu..

PERHATIAN kepada miz ezmaliza..anda bersalah...

miz ezmaliza...anda ditangkap kerana telah mencuri masuk blog saya dengan keizinan...dan mengikut akta sendiri..ini hukuman untuk awak..
WAJIB terima..


anda didapati bersalah kerana
-

-

-

-




                                                                        menjadi

 follower ke-200 blog comey saya nie...!!!
wahhh...excitednya...

so...sebagai menghargai awak...saya dengan hepinya nak bagi AWARD khas untuk AWAK...



.........jeng jeng jeng.......


dan ini awardnya

comey kan award nie..??? jemput la amik yer sayammku miSs EzmAliza...
khas untuk awak sorang jer taw..


thanks ya..my dear..shaggy.. ajar aku pelik2 malam ni...
disamping hasil award yg cute ni..hihi

First GiveAway TOPUP by Far

salam..rajin sungguh orang yang menge"tag" saya ni..trima kasih bahtera emass ..


1) tajuk entri mestilah "First GiveAway TOPUP by Far"

kalaulah aku orang yang bertuah nak dapat GA ni dr empunya bl0g..sangaattt bermakna n gembira hatiku..huhu

2) kena fll0w/wajib follow blog pemberi ni..
              far-104 
         blog cahaya ke-93

 3) letak banner macam saya wat ni..letak kat dalam entri tau!!

4) tag kengkawan..yang ni saya suka..
       nana
       oren limau
      


sapa2 yang ditag nanti silalah ke link ni..nak tgk syarat2 kemasukan..huhu

Blogger gegarkan 'U' !!

salam..akhirnya,..dapat saya join segmen dari blogger terkenal sekarang ni
Ben Ashaari...untuk IPTA/IPTS..
IPG?? boleh3 kot..kan dah setaraf...haha..senang jer cara dia..



Belajar mana ? Jurusan ? Tahun ? IPG Kampus Sultan Abdul Halim.. 
Pengajian islam/english/arab 
 baru sem1 ijazah..   

Asal mana ? Umur ?
asal dari pahang 
kalau ikut tahun dah 20..

Kenapa amik jurusan itu ? 
sebab mintak kursus tu..mungkin rezeki di bidang ni..insyaAllah..

Cita cita ..  
insyaAllah..pendidik..

*sapa2 nak join klik sini

Saya Pelajar IPG Kampus Sultan Abdul Halim

salam...
wahh..baru saya jumpa bl0g untuk bakal guru..terasa dihargai sikit...ni adalah entry saya untuk segmen pelajar Ipg/Maktab..saya terjumpa segmen ni dr bl0g kawan saya..cik hikmahana..
segmen ni sebenarnya dari sini....untuk kengkwan bakal2 guru dan pendidik yang berjaya nanti..cubala join skali ek..sebelum saya terlupa,
admin blogpilihanmalaysia dia ada tanya soalan..
apa beza antara IPG dengan Maktab??
jawapannya saya rasa kebanyakan bakal2 guru akan menjawab..sama sahaja..ipg ni dah di'upgrade dari maktab...ramai kalau orang luar tnya..belajar kat mana?then, kita  jawab kita belajar kat ipg..mesti tertanya2 orang tu..tapi,kalau sebut jer maktab..confirm tahu,..kenapa ek??mungkin sebab dah terlalu lama d0k dengar sebutan "maktab"...bila dah dinaik namanya ke ipg..gitula jadinya..

no.2-  encik azman roslan ni ..menyatakan perkara yang saya kena lakukan...

no.3- Gambar anda bersama rakan sekelas 

   gambar kelas semester 1 foundation..2orang lagi tak dpt hadir..
faiezullah ngn izwan takda..

jamuan sem3 foundation bersama tutor..sangat bestt...makan2..huhu

 4. Nyatakan apa kursus anda ambil dan anda akan menjadi guru subjek apa nanti..
kursus yang saya ambil 
 pengajian islam& al-quran/bahasa inggeris/bahasa arab..
insyaAllah..

5.Ceritakan pengalaman manis dan pahit sepanjang belajar untuk menjadi guru.. dan apakah perubahan yang anda mahu buat dalam sistem pendidikan negara sekarang ni? (wajib jawab ye)

pengalaman manis??
terlalu banyak pengalaman manis..sepanjang tinggal dan belajar kat sini..bersyukur sebab dapat kengkawan yang memahami..dan hari2 saya sentiasa hepy dan manis..

pengalaman pahit?
adala skit kot..sem2..pahit dan memang tak nak berulang..
pernah kena marah ngan lecturer sebab lambat hantar assignment..menangis teruk giler time tu,sebab masa tu saya kena jadi PKK..mungkin tak biasa kena marah..dahla time menangis tu kat volleyball court..ada GERKO..nasib ada kawan2 pujuk..huhu

apakah perubahan yang anda mahu buat dalam sistem pendidikan negara sekarang ni?
 saya harap sangat kalau takda kelas petang untuk pelajar..sebab rasa sangat membebankan..penat,letih..memang menuntut ilmu tu penting..cuma takut,pelajar stress..dan ilmu yang dapat tu bukan untuk diri pelajar,.tapi,pelajar study rajin2 mungkin hanya untuk lulus dalam peperiksaan sahaja..

saya juga merasakan sekiranya setiap pelajar dapat belajar dalam suasana yang kondusif dan infrastruktur yang lengkap ketika dalam pembelajaran mereka..bestnya kalau semua sekolah kat negara ni dijadikan "sekolah dalam taman"..rasa sejuk jer hati nak belajar..semangat sikit
terakhir sekali,..pastinya pelajar rasa gembira jika setiap hari,..di semua sk0lah tiada lagi buku teks..semuanya dalam cd-rom..
mungkin apa yang dinyatakan dah direalisasikan di negara ini..
jika ya,saya harap sangat semua sekolah tak kira di bandar apatah lagi luar bandar dapat mengecapi kebahagiaan bersama

wallahu'alam..

mula berblogging

Daisypath Friendship tickers