Posts

Showing posts from June 13, 2010

Enam pertanyaan Imam Ghazali

Image
1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia? 2. Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia? 3. Apakah yang paling besar di dunia? 4. Apakah yang paling berat di dunia? 5. Apakah yang paling ringan di dunia? 6. Apakah yang paling tajam di dunia? Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan: PERTAMA : beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :"Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'. Sila rujuk surah Ali 'Imran ayat 185. KEDUA : beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'ma