sayang ayah!!


lama dah tak bercerita..orang pakat sibuk study..aku plak sibuk d0k study bl0g..ish3..teruk bt0l anak pakcik romali nie..saja nak share satu citer pasal sabar... Cerita ini asalnya dlm bhsa inggeris..stelah di”ren0vate” bhsanya..jadilah mcm ni..bacala ek..tak twla jadi k0t mana ayatnya..lepas aku yang "pro"sak bahasa ni translate...huhu..
Nak dijadikan cerita..Seorang lelaki telah pulang ke rumahnya dengan membawa trak idamannya. sampai je kat rumah, anak dia yang berumur 3tahun wat calar kat  trak baru ayah dia..lepas ayah dia tahu,ayah dia punyala marah, terus kejar anaknya, dan pukul sekuat hati...Si Ayah mengambil tangan anaknya lalu memukulnya berulang kali, tanpa dia sedari yang dia sedang memukul anaknya dengan ranting kayu yang keras. Setelah sekiannya, setelah si Ayah tenang, dia bergegas membawa anaknya ke hospital untuk rawatan.
Di hospital, doktor telah cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan tulang jari tangan anaknya yang patah. Namun, terpaksa akur bahawa jari anaknya telah terputus. Bila anaknya sedar dari rawatan, dan melihat tangannya dibalut  kemas, dia dengan jujurnya, berkata kepada ayahnya,”Ayah,saya minta maaf dengan kelakuan saya terhadap trak ayah tadi.” Kemudian, dia bertanya pula,”tapi ayah, bila jari saya akan tumbuh balik?”. Si Ayah sangat bersedih. Dia pulang kerumah dan menyepak serta memukul sepuas-puasnya trak tersebut. Dia duduk dan dia terlihat pada torehan yang dibuat anaknya, anak nya menulis,
”I LOVE U DAD”,si Ayah sangat menyesali perbuatannya dan bertindak membunuh dirinya.

FIKIRKAN SEJENAK TENTANG KISAH INI sebelum melakukan sesuatu tindakan. Berfikirlah dahulu, sebelum melepaskan kemarahan kepada orang yang kita sayang. Trak boleh dibaiki. Namun, tulang yang patah dan hati yang terluka belum tentu dapat disembuhkan. Kita sentiasa lupa kemaafan adalah lebih baik daripada pembalasan...


Comments

Popular posts from this blog

NEW CHAPTER OF MY LIFE

Solat Sunat Istikharah

sedarkah kita...