Solat Sunat Istikharah

Assalamualaikum semua...rasa lapang sikit hari  ni nak menulis blog..dah lama sangat bersawang blog ni..hari ni nak kemas2 sikit blog ni..;)
Tajuk hari ni nak share sikit tentang solat istikharah..
Apabila hadir satu permasalahan yang memerlukan kita membuat keputusan dipersimpangan..maka istikharahlah jalannya..
Istikharah ni dibuat sememangnya disebabkan hati..hati kita yang cenderung ke arah mana dan nak buat keputusan yang terbaik..kalau sebut pasal hati, mesti ingat cinta jaa kan??..tak semestinya..kadang2 kita kena buat pilihan untuk memilih pekerjaan, pendidikan dan macam2 lagi.. 
Sebagai seorang muslim yang beriman, Islam menyuruh kita mengerjakan solat sunat istikharah untuk membuat pilihan dalam segala urusan apabila bertemu jalan buntu. Terdapat beberapa hadis Rasulullah SAW yang menggalakkan solat Istikharah. Di antaranya;
Rasulullah SAW bersabda: 
 “Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya.”
"Apabila seseorang kamu berkehendak melakukan sesuatu, hendaklah dia rukuk dengan dua rukuk (sembahyang dua rakaat) selain daripada sembahyang fardhu."

la boleh dikerjakan dua rakaat atau sehingga dua belas rakaat (enam salam). Waktunya siang atau malam. Sebaik-baiknya dikerjakan pada waktu sebelum tidur malam. Yakinlah dengan Allah..InsyaAllah, Allah akan menggerakkan hati kita untuk membuat keputusan yang tepat.
Terdapat dua cara untuk melakukan Solat Istikharah Ini:

a.   2 rakaat, 1 salam
b.   12 rakaat, 6 salam

Kaifiat Solat Sunat Istikharah :
 
1. Apabila hendak memulakan sembahyang, hendaklah meluruskan hati dengan menyerahkan segala urusan sepenuhnya kepada Allah S.W.T. Rehatkan akal fikiran daripada menimbang-nimbang sama ada pekerjaan ituelok dibuat ataupun tidak.

2. Setelah bersiap dengan wuduk, berdiri tegak serta menghadap kiblat, mulakanlah sembahyang dengan mengangkat takbiratul ihram denganLafaz dan Niat:

Ertinya: "Sahaja aku sembahyang sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah taala."


3. Bacaan surah selepas Al-fatihah ialah:

Rakaat Pertama: Surah Al-Kaafiruun
Rakaat Kedua: Surah Al-Ikhlas

4. Dalam sujuk terakhir (sujud kedua pada rakaat yang kedua), bacalahtasbih berikut sebanyak 40 kali:

Ertinya: "Maha Suci Engkau, tiada pengetahuan bagi kami melainkan apa yang Engkau berikan pengetahuan kepada kami. Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana."


5.  Sebelum bangkit dari sujud, mohonlah kepada Allah SWT. dipertunjukkan jalan yang betul dalam membuat keputusan dan pilihan.

6.  Selesai memberi salam, bacalah selawat untuk dihadiahkan kepada Rasulullah S.A.W, para sahabat Baginda, para wali Allah dan seluruh umat Islam.

7.  Membaca doa solat sunat Istikharah:
Ulang doa ini sebanyak tiga kali. Seeloknya nyatakan permintaan yang ingin iberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. contohnya :
“Ya Allah! Jika Dikau mengetahui urusan ini..….. (sebutkan perkaranya).” 
Serahkanlah sepenuh keyakinan kepada Allah SWT. sambil bermohon kepada-Nya agar diberikan petunjuk, sama ada didatangkan melalui mimpi, gerak hati atau dengan dipermudahkan urusan yang mana baik. Tidurlah dalam keadaan berwuduk dan berpakaian bersih.
Lakukan solat Istikharah 3 atau 7 hari berturut-turut, mengikut kepentingannya. Insya-Allah akan diberi kecenderungan atau digerakkan hati untuk membuat sesuatu keputusan atau pilihan yang betul.

Comments

Popular posts from this blog

NEW CHAPTER OF MY LIFE

PERHATIAN kepada miz ezmaliza..anda bersalah...