kurma???


 
Hadis yang akan dibincangkan ini ialah berkaitan amalan tahnīk ke atas bayi yang baru dilahirkan. Banyak hadis yang menyebut tentangnya, antaranya ialah hadis riwayat Bukhāri dan Muslim daripada �Abū Mūsā yang menceritakan perihal Nabi Muhammad s.a.w. mentahnīk anak sulungnya dengan buah tamar. Hadis ini berbunyi seperti berikut:


وُلِدَ لِي غُلَامٌ فَأَتَيْتُ بِهِ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَمَّاهُ إِبْرَاهِيمَ فَحَنَّكَهُ بِتَمْرَةٍ وَدَعَا لَهُ بِالْبَرَكَةِ وَدَفَعَهُ إِلَيَّ وَكَانَ أَكْبَرَ وَلَدِ أَبِي مُوسَى

Maksudnya: "Aku dikurniakan seorang anak. Lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. dan beliau menamakannya dengan nama Ibrahim. Kemudian beliau melakukan tahnīk dengan menggunakan buah kurma serta mendoakannya dengan keberkatan. Kemudian beliau menyerahkannya semula kepadaku.�


Kurma dan Habitatnya

Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah s.a.w.


Buah Tamar dan Khasiatnya

Buah tamar lazat dan berkhasiat. Ia mengandungi 60 hingga 70 peratus gula asli di dalam bentuk glukosa dan fraktosa yang mudah diserap oleh badan. Di samping karbohidrat, setiap 100 gram buah tamar mengandungi lebih kurang 15.3 peratus air, 2.5 peratus protein, 0.4 peratus lemak, 2.1 peratus zat-zat logam dan 3.9 peratus serat. Di antara zat-zat logam yang terdapat di dalam buah tamar ialah kalsium, fosforus, zat besi dan vitamin B.


Fakta Saintifik: Buah Tamar dan Tahnīk

Sains membuktikan sunnah ini adalah saintifik. Baru-baru ini satu kajian bertajuk The Analgesic (Pain Killing) Effect of Sucrose In Full Term Infants: A Randomised Controlled Trial dilakukan oleh Nora Haouari, Cristopher Wood, Gillian Griffiths dan Malcolm Levene di Leed General Infirmary di England. Dalam kajian yang dilakukan, 60 orang bayi berumur antara 1 hingga 6 hari telah diberikan 2ml larutan yang mengandungi gula sukrosa. Dalam peratus yang berlainan iaitu 12.5 peratus, 25 peratus, 50 peratus dan salah seorang daripada mereka hanya diberi air kosong (sterile water) sebagai kontrol. Selepas larutan ini diberikan melalui mulut, bayi-bayi dicucuk di bahagian kaki bagi mengeluarkan darah supaya ujian makmal dapat dilakukan ke atasnya.

Kajian ini mendapati selepas bayi-bayi dicucuk, masa tangisan yang diambil oleh bayi-bayi ini berbeza mengikut larutan sukrosa yang diambil oleh mereka. Masa tangisan bagi bayi-bayi yang mengambil air kosong tanpa sukrosa adalah yang paling lama. Sebaliknya masa tangisan bayi-bayi yang mengambil sukrosa adalah pendek terutamanya mereka yang diberikan larutan sukrosa yang paling tinggi. Justeru, pakar-pakar merumuskan, gula dapat dimanfaatkan sebagai bahan pencegah sakit bagi bayi-bayi yang baru dilahirkan. Tambahan pula ia adalah selamat digunakan. Penemuan ini dilaporkan di dalam British Medical Journal bertarikh 10 Jun 1995.

Justeru, tahnīk ke atas bayi yang baru dilahirkan dengan menggunakan buah tamar bukanlah suatu perbuatan yang tidak masuk akal, seperti yang dikatakan oleh sesetengah golongan. Sebaliknya sains membuktikan bahawa tahnīk mampu menghilangkan perasaan sakit yang menimpa ke atas bayi selepas dilahirkan kerana buah tamar kaya dengan gula terutamanya daripada jenis sukrosa.

Comments

Popular posts from this blog

NEW CHAPTER OF MY LIFE

Solat Sunat Istikharah

sedarkah kita...